Hari Malaysia 2020 bertemakan Malaysia Prihatin disambut penuh meriah malam tadi dalam suasana norma baharu di Stadium Tertutup Sibu, Sarawak.

Sambutan ini telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Abdul Taib Mahmud; Yang di-Pertua Negeri Sarawak, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin; Perdana Menteri, YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sarawak dan YB Datuk Aidi Moktar; Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah mewakili YAB Ketua Menteri Sabah serta barisan menteri-menteri kabinet.

Gabungan persembahan pentas dan digital melatari sambutan kali ini, mencerminkan semangat perpaduan dan persefahaman dalam kepelbagaian etnik, agama dan budaya terutamanya ketika mendepani pandemik COVID-19.

YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Utiliti Sarawak merupakan Pengerusi Bersama bagi sambutan Hari Malaysia kali ini.

Sumber: @Berita RTM

#MalaysiaPrihatin
#MomenNegaraku
#MerdekaMoment
#MalaysiakuMerdeka
#KibarJalurGemilang
#JabatanPenerangan