Galeri VideoKembara Merdeka Jalur Gemilang 2019

KMJG2019 | Hari16

Rangkuman Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 (KMJG2019) hari ke-16 yang berlangsung semalam.

Konvoi bermula di The Everly Hotel, Putrajaya menuju ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Seterusnya konvoi bergerak ke Segambut sebelum singgah di Pavilion, Bukit Bintang untuk edaran jalur gemilang kepada pengunjung setempat. Konvoi berakhir di Endah Parade Mall, Bukit Jalil.

Hari ini konvoi akan bermula di The Everly Hotel, Putrajaya dan akan menuju ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang sebelum singgah di McDonald Presint 2, Putrajaya.

Nantikan ketibaan konvoi di tempat anda!

Jumpa anda di sana!

Kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan Negara! 
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾