Galeri Video

Pelancaran Bulan Kebangsaan 3 Ogos Ini – Bas Panorama Percuma Disediakan

Menjelang Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang di jadual 3 Ogos ini di Melaka. Perkhidmatan bas panorama percuma antara yang disediakan kerajaan negeri bagi memastikan sistem pengangkutan ke lokasi acara di Dataran Pahlawan, Megamall Melaka lancar.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, sebanyak 10 buah bas akan di sediakan pada hari berkenaan. Kesemua bas itu akan beroperasi secara bergilir-gilir di 2 lokasi iaitu Pusat Transformasi Bandar UTC dan Stadium Tun Fatimah bermula jam 3 petang hingga 12.15 malam untuk membawa penumpang ke Dataran Pahlawan Megamall, Bandar Hilir.

Sumber: Berita Nasional RTM Rasmi